Harapan bukan sekadar perasaan, tetapi kemahiran yang boleh dilatih, jelas aktivis iklim Xiye Bastida. Mengambil ilham daripada sifat ketahanan alam semula jadi, beliau menunjukkan mengapa mempercayai pemimpin-pemimpin Peribumi yang telah melindungi planet ini selama berabad-abad mampu mengubah kekecewaan terhadap isu iklim menjadi momentum yang diperlukan untuk mencetuskan perubahan bermakna. Satu peringatan yang kuat bahawa api semangat di dalam hati anda ialah kekuatan terbesar anda untuk membina masa depan yang lebih baik.
