Lutut palsu berharga USD80 yang dapat mengubah kehidupan
Beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah menghasilkan teknologi yang amat canggih, tetapi selalunya hanya orang-orang yang bernasib baik yang dapat menikmatinya. Jurutera, Krista Donaldson, memperkenalkan ReMotion Knee, iaitu lutut palsu untuk orang yang telah menjalani amputasi sehingga bahagian atas lutut. Pendapatan harian bagi kebanyakan daripada mereka ini kurang daripada USD4. Reka bentuk lutut palsu ini mempunyai teknologi yang bertaraf dunia tetapi ia lebih murah daripada lutut palsu lain di pasaran.

